Wednesday, November 25, 2015

Awak cemburu eh?



Cemburu tanda sayang.Yeke ni?
cemburu ni kalau berlebihan banyak memenatkan kepala otak,buat orang stress,marah2,curiga setiap masa,hati x tenang,kepala sakit =_=.Dulu2 perangai cemburu aku pun teruk jugak buta dia,sikit2 menyindir bf kat status FB,bergaduh dgn kawan perempuan dia,lepastu buat bf cemburu balik.haha teruk zaman hingusan aku.Cemburu ni banyak cabang dia...

Cemburu kawan - contoh:
tgk kawan baik update gambar keluar makan dgn kwn lain,kau pun jeles.
Cemburu tengok hidup org- contoh: 
ada jiran ni asyik bertukar kereta baru,ada kawan Instagram ni asyik update hidup dia yg mewah.
Cemburu kat  pasangan-contoh:
 bf dia ada kwn baik dengan sorang perempuan,suami dia balik kerja lewat dia syak suami dia berfoya. 
Cemburu kat adik beradik - contoh:
maybe  adik dia sesalu kena manja dengan parents,tapi dia pula kena marah je.
Cemburu kat ex-contoh :
ex upload pic keluar dengan gf baru,kau pun terus meroyan tumbuk2 skrin handphone.

nipu lerr xpernah cemburu kan.Kecuali la kau sejenis robot abad ke 30 yg xda perasaan langsung.

sapa tgk power rangers kenal robot ni
bagi aku kalau x kawal bahaya jugak penyakit cemburu ni.Kan ada kes sampai bunuh2,dera2 la apa la,silaturahim terputuslah,cerai,kawan jadi musuh.Nak kawal cemburu adalah beberapa cara yg kita boleh cuba(walaupun agk memeritkan),tapi aku dh cuba,kuranglah sikit cemburu aku skrg haha.

Jangan balas.(ni susah sikit)
contoh partner kau upload pic dia keluar dgn kwn baik perempuan dia,kau pun sakit ati lalu kau panggil mana2 mamat yg tgh potong rumput,amek gambar mesra dgn dia lepastu upload dengan hastag #kawanbaikduniaakhirat #bbf #wewereborntobebestfriend .Then kau dgn partner kau berperang,saling tuduh menuduh.Perangai ini macham akan menerukkan keadaan je,lepastu at the end kita sendiri tenggelam dalam tindakan sendiri.

bf : tu siapa?kenapa rapat sangat,ai dont like it.
gf: ai ingatkan ai boleh je kawan dengan lelaki lain ,u boleh jee kawan perempuan lain.xkan ai xboleh??

Jangan membanding2 diri dengan orang lain.
Kau scroll2 instagram tengok instafamous ni tiap hari upload pic dia lawa2,ramai org like,ramai org puji2 dia.Muka cantik,kaya pulak tuh.Kau pun jeles,rasa rendah diri sambil tengok kat cermin.Berhenti membandingkan diri,terima diri sendiri.Xpayah sibuk tengok hidup orang lain,fokus kat hidup sendiri.Bila kau dh terima diri sendiri,kau dh rasa xheran dah tengok tu semua.You can duit.

Kawal imaginasi.
example : partner kau cakap dia nak keluar sekejap dengan kawan2.

gf : i nak keluar dgn kawan i kejaps.
bf : ok.nanti kita skype i nak tengok kawan u tu .

si bf call,si gf x jawab(dia terflush hp dia masa kt tandas awm).Dia pun mengamuk gigit bantal lepastu imagine yang si gf  duduk dgn seorang lelaki handsome kat restoran mamak,bersuap2 makan mee goreng mamak.Jangan imagine yg bukan sangat2,bila dah keluar bayangan bukan2 tu yg buat rasa mendidih je.Cuba buat something yg boleh tarik fikiran kau ke tempat lain tengok movie ke,main games ke,masak ke.

jeles dengan ex?kadang2 kita dah move on kan,tapi secebis broken heart tu mesti terasa sakit sikit bila tengok dia dgn orang baru.Bagi aku normal la tu kot.Mula2 memang susah.Memang.Tapi lama2 kau dah xheran dah ,dah boleh flip tudung,bawak muka sombong lalu sebelah dia dgn makwe baru dia.haha..
eh panjang pulak entri,harap xda yg tertido baca ni.





























8 comments:

  1. Sy slalu cmburu bila bff upload gambar dgn kwn dia yg lain .hahaha . Pastu merajuk sorang2 ntah apa perangai .kohkohkoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah jugak mcmtu..jeles sgt bila kwn baik rapat dgn org lain..haha..

      Delete
  2. imaginasi tu kekadang yg over padahal takde ape ape pon. bila imaginasi mengawal minda abislah, silap2 aribulan bunuh diri. (nampak tak imaginasi aku dah melangkau jauh sgt kedepan?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak jauh sgt imaginasi ko,amek balik jgn biar dia pergi jauh sangat..

      Delete
  3. hehehheheh... cemburu tanda dengki pon ada ar...

    ReplyDelete
  4. lama dah x jelez sbb org special..tp jelez sebab bnde lain tu adalah..

    ReplyDelete
  5. Setiap manusia mempunyai perasaan jeles... Wakwakwak

    ReplyDelete