Friday, December 26, 2014

Bekam Muka Untuk Hilangkan Jerawat.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

eh..aku google bekam,kuar pic david beckham..hahhaahha


Ni cerita lama dah sebenarnya,awal bulan 11 ritu ,asyik peram peram sekarang baru nak keluarkan.
Time tu aku kena serangan asma,daripada tu aku jadi stress sangat sampai habis jerawat2,bintik2 kecik tumbuh macam cendawan lepas hujan.Sebelum tu aku memang teringin nak berbekam lama dah,sebab kawan aku suggestkan bagus untuk penyakit asma.Aku google2 sekali terjumpa bekam wajah,aku ni baru keluar dari gua sebab baru dapat tahu..dia cakap situ bekam wajah untuk hilangkan jerawat,jeragat2,naikkan seri muka(muka aku memang pucat macam zombi time tu).

Tapi lama jugak aku nak buat keputusan tu,sebab toreh kat badan okay lagi,ni kat muka..last2 aku beranikan diri jugak pergi.Bila sampai kat tempat tu,masuk bilik khas dia..yang buat bekam kat aku ni perempuan muda lagi,dia cakap memang family dia semua belajar bekam orang.

Dia suruh aku pakai kain batik berkemban dulu,kemudian meniarap sebab nak buat belakang badan dulu.Mula2 dia sapu minyak,aku taktahu minyak apa tapi macam wangi je berangin.Dia kemudian sedut dengan cup,okay xsakit jadi aku relaks lagi.Lepas dia tanggalkan cup,bahagian yang kena sedut dah bengkak,lepastu dia ambil needle yg org guna untuk check glucose dlm darah tu..phewww nasib x kena toreh dengan pisau kecik tu..macam kena gigit semut je kena cucuk tu.Lepas cucuk dia pump balik,lepastu dia bukak dia cucuk lagi sampaila berapa kali tah dia cucuk tempat yg sama,time tu baru sakit ,aku kelip2 mata tahan bisa.

Lepastu aku buat kat muka pulak.Dia cakap 4hari dah hilang,ada yang seminggu baru hilang bekas bekam ni.Sebabkan first time buat,deria nak try sangat tu sangat kuat,aku buat jelah.Kat dahi xda rasa pedih ,yang pedih kat pipi,sebab lembut kot..Lepastu aku buat kat kaki sekali.Lepas habis dia bagi aku minum air lemon campur madu suam.Dah siap semua,balik rumah tengok cermin kat rumah.. o.O...teruk gila lebam yang kat dahi,nampak macam ilumminati.haha..

Dua minggu baru bekas bekam aku tu betul2 hilang =_=
Selama dua minggu tulah pakai foundation,concealer,bedak tebal2 kat muka sebab orang pandang macam aku ni mangsa dera,muka lebam2...tapi yang best nya,badan aku ringan,asma aku makin sembuh..jerawat kecut,bintik2 kat muka hilang..

ni seminggu lebih,yang kat pipi dah mula hilang,dahi x hilang2 T_T
Rasa macam nak buat lagilah.haha..sebab memang susah jerawat nak lekat lepas buat bekam tu,ada pun 1 ketul,dua ketul time period je..

bye~ ❤


40 comments:

  1. kmk pulang terasa ngilu..tkt juak mun mok berbekam kat muka ya..tp kmk pernah tangga dekat wanita hari ini ka apa pasal bekam muka ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. asa kena gigit semut jk niesa.haha..kmk pn mula2 tkt,tp beranikan dirik jk..:D

      Delete
    2. sine ktk molah kmk mok huhu

      Delete
  2. mesti orang pandang semacam kan , sebab ada "benda pelik" kat dahi , hahha ,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..memang.terasa diri ni macam "alien"

      Delete
  3. tak ade keberanian nak berbekam bagai ni. hohoh...

    ReplyDelete
  4. sini tmpt bekam ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kmk bekam di melaka sis..

      Delete
    2. melaka dkt bhgn mana?

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Check-out Farra
    http://penawarresdungperlis.blogspot.com/2014/11/muka-boleh-dibekam-ke.html
    https://www.facebook.com/specialistbekamwajah?fref=ts

    ReplyDelete
  7. sis bekam kat melaka kat area mana ? boleh bagi alamat tak ?

    ReplyDelete
  8. sis bekam kat melaka kat area mana ? boleh bagi alamat tak ?

    ReplyDelete
  9. Lebam kat muka awak just let time heals or ada sapu ubat jgk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya xsapu apa2...dia hilang sendiri..:D

      Delete
    2. Anonymous1/5/16

      Ambik masa brapa hari nak hilang kesan dia sis? Saya nak cuba lah sis , inspired tgok sis

      Delete
  10. Baru lepas buat. Smua pndang kita mcm hantu T_T
    Sb dahi ada nandek

    ReplyDelete
  11. Dah buat skng rasa malu sangt.. Dah LA kerja bhgian servis.. Tapi x pe LA cekal kan jugak.. Dan sabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bertabahla alexa..sapu foundation tebal2 :p

      Delete
  12. Anonymous10/11/16

    Tade effect ape2 kan kalau berbekam . Takut jugak nak cucuk2 tu . tp hati membuak2 nk cuba . yeaaa laa . daa penat cuba mcm2 nk hilangkan jerawat nie . mcm best je keluarkan darah kotor tu . tak bahaya kan ? hee .

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru buat td.. blh request xnak bg bekas parut kalat kat muka..dia akan bekam sikit2.. sampai darah habis kuar.. seronok buat bekam..

      Delete
  13. Anonymous10/11/16

    Tak bahaya ke buat bekam ? bekas tu akan hilang kan . Takut bekas tu teruih kekal cmtu ja . hee .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xdelah..bekas lebam tu akan hilang..dont worry

      Delete
    2. Xdelah..bekas lebam tu akan hilang..dont worry

      Delete
  14. Yg bekam dkat pipi to, ade toreh ke 😖 sbb memang nak buat tapi fikir sakit je. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kita bt ni xkai toreh2,just cucuk2 kai needle kcik..xsakit sgt pn..

      Delete
    2. Yg kita bt ni xkai toreh2,just cucuk2 kai needle kcik..xsakit sgt pn..

      Delete
  15. Anonymous8/12/16

    Saya baca page www.bekamrumah.wordpress.com byk testimoni bekam, dia pernah di interview
    harian metro. Fb page bekam wanita, jurubekam nama nor Azura servis pon murah.

    ReplyDelete
  16. Lepas bekam tu memg muka jd elok eh?? Yg jerawat2 trus hilang ke acaner?!

    ReplyDelete
  17. Kalau pakai foundation nanti bekas bekam or wajah ok ke.. takut foundation buat boleh jd jerawat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pakai sekadar nk ttp skit bekas bekam je,sy pakai xda tmbul jerawat..xpasti pulak kulit org lain..

      Delete
  18. buad dekat mana bekam tu awak, saya mengalami masalah yang sama mcm awak

    ReplyDelete
  19. Kat mane nk buat nie??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy buat dkt kenalan sy,melaka..xpasti kat tempat lain mana..

      Delete
    2. Sy buat dkt kenalan sy,melaka..xpasti kat tempat lain mana..

      Delete