Thursday, May 22, 2014

Aktiviti Zaman Kanak-Kanak Dulu.


Time petang2 duduk lepak sambil minum petang, selalu flashback balik aktiviti masa kanak-kanak dulu.Nape ntah selalu fefeeling time ptg.Dulu-dulu tiap kali masuk petang je mula la merayap dgn kawan2 sebaya,sepupu sepapat..

Sebelum kluar,nenek/mama mesti memekik pesan "jangan main jauh2/jangan main tanah/jangan balik lambat".
Antara aktiviti2 yang aku selalu buat masa kekanak riang dulu :

1)Tangkap rama2 dan belalang.
Bawak jaring tangkap ikan datuk punya,yg xda jaring ikat plastik dgn ranting kayu.Patu bwk satu bekas kaca.Nampak je rama2 kejar sepenuh hati,kalau belalang kibas2 rumput dgn kayu..time dia melompat tu terus tangkap kai tangan..bila dah puas lepaskan balik menatang  tu semua.

image google..lbh krg cmni la kitaorg

2)Main masak2/main mak2/main kerja2
Paling legend.Semua org mesti xleh lari drpd main ni semua.Haha.Time main masak2,semua pokok bunga nenek dicabut,patu ditumbuk2/dipotong2 konon nak dibuat lauk.Yang kwn lelaki jadi hubby/ayah.Kalau ada kazen/kawan plg muda disuruh jadi anak,anak paling bongsu pulak anak patung(letak dlm buaian rekaan sendiri).Main kerja2 pulak kekonon berangan nak jadi doktor selalunya..yang lain jd pesakit.Xleh blah..

3)Main sorok2.
Wajib.Dalam longkang,atas pokok,dalam reban itik,dalam jamban..aku dh pernah menyorok situ semua..

4)Berbasikal.
Aku dulu lambat nak pass naik basikal.Lama jgk aku naik basikal yg ada dua roda kecik kat belakang =..=.
Dlu2 kalau ada kawan beli basikal baru mesti nak test naik,patu naik bukit,turun bukit ..g jln2 kat kampung ramai2 dengan kawan..tunjuk skill basikal..blh dikatakan kitaorg anggap basikal mcm motosikal time tu..buat bunyi "vroom2"..

5)Tangkap ikan/ketam/udang kecik2 
Rumah nenek aku kt kampung di Sarawak ada air terjun kat belakang.Tapi xdalah besar sgt..sedang2..time hujan je la dia membesar..aku dengan sepupu2 suka tangkap ikan/ketam batu dan udang2 kecik kat situ..kadang2 pkai joran,kadang2 kai besen nenek aku je..bila dah dpt semua,kitaorg panggang bagi kucing2 makan..yela bkn besa mana pun ikan situ..plg bsr ,bsr tapak tgn je..sedekah kat kucing..

6)Duduk ramai2 dalam bulatan,bercerita.
Ni bila dah tatau nak buat apa ataupun dah penat sangat buat nak begerak.Duduk2 la bercerita cerita hantu ke,family,cita2,game favourite,kartun favourite..aku punya semestinya power rangers,baju2 semua power rangers,basikal pun ada kartun power rangers beb..lol..

7)Aku suka ajak kawan2/sepupu2 berlakon macam dalam movie.
For example..cite Harry Potter.Masa tu aku 11 tahun kot(adakah itu dikategorikan kanak2 lagi?hahaha)
The best lakonan la time tu.Masing2 ada magic wand/tongkat sakti,penyapu(pinjam penyapu nenek,penyapu longkang pun sebat jugak)..others movie is power rangers.haha..yg selalu jadi raksasa biasanya diberi kepada kawan2/kazen2 yang berbadan besar..motif raksasa kurus xmenakutkan..

8)Layang2!
Datuk aku dulu2 selalu ajar kitaorg buat layang2 sendiri.Pakai plastik,lidi,lilin,benang,tin kosong..senang je.Ah rindunya nak buat balik.Bila dah siap,kitaorg g ramai ke ats bukit,sebab angin kuat kat situ..seronok tengok layang2 makin tinggi,ada tu tsangkut kat pokok,xdpt diselamatkan..sobs2..

9)Main teng2/London Bridge/Nenek2 siBongkok 3/Serigala/Tok Harimau/Enjit2 semut
Ni semua normal.Wajib ada time kanak2.Kalau xda rasa xlengkap.Lol.Haru-biru kalau main serigala/tok harimau tu,sampai jatuh2 nak selamatkan diri.

10)Origami.
Ni time hujan ptg je la.Xdapat buat aktiviti luar,so duduk rumah.Amek kertas suratkhabar ke apa ke.Buat kapal terbang,ikan,kapal.Biasa kalau kapal,kitaorg letak kat sungai..ikt jela dia dibawak arus sungai mengalir..time hujan lagila laju sungai mengalir..seronok tengok..


gahhh..mmg best aktiviti2 masa kecik dulu.Freedom and adventurous!Sekarang dah kurang dpt tengok budak2 buat aktiviti camtu.Kalau ada mesin masa,nak ulang je balik.








4 comments:

  1. sgt rindu zaman biak2 yg xperlu pening2 fikir mcm2 bnda..fikir mainnnn jak..best ehh.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mena niesa..phuh.ringan palak time ya.yg dipikir apa mOk dimain jak,ari2 main.xstress..:D

      Delete
  2. most aktiviti y fara bagitau tu, semua kite buat. haha. nak2 y main masak-masak tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kan.semua org wajib main masak2 tu..:D

      Delete